Sabtu, 26 Jun 2021

MUAMALAT (UNIT 2: JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM)

JENIS AKAD DALAM ISLAM

BIL.

AKAD

CONTOH

1.

PERTUKARAN

  • Jual beli
  • Sewaan

2.

KEBAJIKAN

  • Hibah
  • Wakaf
  • Kardu
  • Wadiah

3.

PERKONGSIAN

  • Musyarakah
  • Mudarabah

4.

AGIHAN

  • Wakalah

5.

JAMINAN

  • Kafalah
  • Rahnu


PENGERTIAN DAN CONTOH JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM


1. PERTUKARAN

JUAL BELI

Maksud

Akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli

Contoh

Membeli makanan di kantin sekolah dengan duit

SEWAAN

Maksud

Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu

Contoh

Sewaan rumah



2. KEBAJIKAN

HIBAH

Maksud

Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup

Contoh

Memberikan sebuah rumah kepada anak

KARDU

Maksud

Memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang imbuhan faedah dan perlu membayar kembali dengan jumlah yang sama

Contoh

Memberikan pinjaman wang RM 100 untuk kegunaan peribadi

WAKAF

Maksud

Mewakafkan harta yang dapat diambil manfaatnya serta kekal fizikalnya airnya untuk penggunaan yang baik serta bertujuan mendapat keredaan Allah

Contoh

Mewakafkan rumah untuk pusat penjagaan anak[1]anak yatim

WADIAH

Maksud

Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya

Contoh

Simpanan Wang



3. PERKONGSIAN

MUSYAKARAH

Maksud

Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh dua orang atau lebih

Contoh

perkongsian untuk menubuhkan syarikat perniagaan

MUDARABAH

Maksud

Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat diniagakan dan keuntungan dibahagikan antara mereka

Contoh

Permodal memberikan RM 10 ribu kepada pengusaha untuk perniagaan buah-buahan Daripada kadar keuntungan yang dipersetujui 60 peratus untuk pengusaha dan 40 peratus untuk pemodal.



4. AGIHAN

WAKALAH

Maksud

Mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain

Contoh

Irsyad mewakilkan Syafiq untuk menjual sebuah rumahnya dan Syafiq akan dibayar imbuhan yang dipersetujui



5. JAMINAN

KAFALAH

Maksud

Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi

Contoh

Muhammad menjadi penjamin kepada Ahmad yang membuat pembiayaan daripada sebuah bank

RAHNU

Maksud

Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang

Contoh

Maimunah menggadaikan gelang emas kepada bank bagi mendapatkan pinjaman daripada Bank.



Imbas Kembali 💡

1. Nyatakan pengertian maksud serta contoh bagi akad berikut: 
  • Jual beli 
  • Sewaan 
  • Hibah 
  • Kardu
  • Wakaf
  • Wadiah
  • Musyakarah
  • Mudarabah
  • Wakalah
  • Kafalah 
  • Rahnu

RUJUKAN:
1. https://www.albetaqa.site/lang/arb/?i=p-almal026
2. Buku Teks Pendidikan Islam (Tingkatan 4)


Disediakan oleh: Izz & Ain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MUAMALAT (UNIT 2: JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM)

JENIS AKAD DALAM ISLAM BIL. AKAD CONTOH 1. PERTUKARAN Jual beli Sewaan ...